Saturday, September 24, 2016

12

Tepat 10.30 pagi, Melissa terpacak di hadapan bilik pemilik syarikat HAZEER. Relax Melissa, he is not going to eat you. Perlahan-lahan Melissa menarik nafas untuk menenangkan dirinya. terkejut juga bila difikirkan balik, baru hari pertama dah kena panggil dek pemilik syarikat. Siapa yang tak terkejut. Melissa mendekati meja setiausaha Tan Sri Zaidi.

"Hello. Sorry for disturbing you. I have an appointment with Tan Sri "maklum Melissa dengan sopan. Setiausaha Tan Sri Zaidi melihat buku catatannya.

"Oh , awak mesti Melissa Erika Datuk Herman right? Masuklah. Tan Sri dah tunggu." ucapnya..

"ok. Thanks......"

"Aisyah. Just call me Aisyah." tanpa membuang masa Melissa mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik selepas mendapat kebenaran. dalam hatinya pelik juga. how does she know my father's name? just forget it, doesn't matter anyway. yang penting sekarang ni kenapa Tan Sri nak jumpa aku. getus hatinya..

___________________________________________________________________

"Mai, enter my room now." mendengar interkom yang baru berbunyi membuatkan Maisara cuak. apahal pulak bos aku ni pagi-pagi dah mengamuk. dengan segera Maisara mengambil buku catatannya dan memasuki bilik Nufail.

"where is the new secretary? " Tanya Nufail sambil matanya melilau mencari kelibat Melissa.

"Dia pergi ke Tingkat 20." jawab Maisara tenang. semua orang tahu apa yang dimaksudkan dengan Tingkat 20. Pejabat pemilik syarikat atau senang cerita pejabat bapa Nufail.

"What? What the heck is she doing there?" Nufail makin membara mendengar jawapan setiausahanya.

"I'm not sure. Tadi Aisyah inform kat saya." Nufail terdiam. Kenapa papa nak jumpa Melissa? Takkan la papa nak upah budak tu jadi informer dia pulak. Tak boleh jadi ni. Nufail mengelamun sampai tidak menyedari namanya dipanggil beberapa kali oleh Maisara.

"Encik Nufail!"panggil Maisara. Nufail tersedar.

"Ada apa-apa lagi ke?" melihat Nufail mengeleng, Maisara meminta diri. dalam hatinya menyumpah-nyumpah bosnya. Ada ke patut dia tiba-tiba mengelamun. nasib kau la Melissa dapat bos macam ni. Aku bersyukur dapat tukar bos. Dahlah Encik Emir. Takdelah berangin macam si Nufail ni. desisnya sebelum menyambung kerjanya yang tergendala itu semula.

______________________________________________________________

Melissa perlahan-lahan keluar dari bilik Tan Sri Zaidi. bila mengenangkan kembali perbualannya dengan Tan Sri tadi, sungguh dia tak sangka papanya sanggup menghubungi Tan Sri Zaidi untuk tengok-tengokkan dia dan mengusahakan jalan keluar untuk dia tidak bekerja sebagai setiausaha. susah juga nak meyakinkan Tan Sri yang dia tak perlu menukar jawatannya sebagai setiausaha buat masa sekarang. yang lagi mengejutkannya ialah papa sebenarnya berkawan baik dengan papa Zarynn.

Betullah dunia ni penuh kejutan. Dia masih ingat lagi empat tahun lepas setelah mendapat tahu Zarynn dan Nufail tu kembar. pada mulanya dia marah la jugak dekat Zarynn sebab tak beritahu about the fact that they are related tapi bila memikirkan persahabatan mereka, Melissa memaafkan Zarynn. lagipun Zarynn sokong dia bukan Nufail. Jauh pula dia mengelamun.

'Mellisa Erika!!My office,NOW!' Erk...Hantu tu dah start dah. Tanpa membuang masa Mellisa terus menuju ke arah bilik Nufail sambil mambawa notebooknya.

'Yes Encik Nufail. Anything?' Nufail hanya merenung Mellisa yang sibuk membelek buku notanya.

'Can you explain kenapa you pergi tingkat 20?' tanpa membuang masa Nufail terus melemparkan soalan cepumas buat Mellisa. 

'Oh, Tan Sri just wanted to meet me. Tak penting pun. Just some stuffs.' Jawapan paling selamat diberikan kepada Nufail. Nak buat kerja gila bagitahu yang ayah mereka berkawan baik. memang kantoi habislah jawabnya. 

'What? Nak suruh you jadi spy ke ape?'tebak nufail

'Hello, ingat saya ni tak ada kerja ke nak buang masa jadi spy. bukan dapat gaji extra pun.'selamba Mellisa menjawab Nufail bercakap. Nufail bengang mendengar jawapan Mellisa yang baginya agak kurang ajar.

'Watch your tongue, girl. Jangan nak derhaka pada bos. I potong gaji nanti.' amaran Nufail hanya dibalas dengan muka selenga Mellisa yang menunjukkan 'DO I LOOK LIKE I CARE'. Memang betul pun. Mana ada dia kisah gaji kena potong ke tidak. duit dia dalam bank berkepuk tak terusik.

'Ada apa-apa lagi bos? saya nak keluar. Banyak lagi benda saya nak kena buat. Dah nak masuk lunch ni.' Tanya Mellisa. Kalau dia berada lagi lama dalam bilik Nufail, memang alamatnya pejabat Nufail ini boleh terbakar gara-gara dibakar oleh Mellisa Erika. Nufail tersenyum sinis. Siapa cakap dia boleh keluar. 

'Wait, I've got things that you must complete before 3.00 pm.' tanpa membuang masa Nufail menekan interkom menyuruh Maisara masuk ke dalam bilik. Maisara masuk ke dalam bilik Nufail sejurus panggilan itu.

'Yes,bos. Anything?' tanya Maisara sambil memandang Mellisa.

'I nak you kasi Cik Mellisa kita ni brief explanation what her job scope. Mellisa, you boleh keluar sekarang. Maisara stay.' Arah Nufail. tanpa membuang masa Mellisa menuju ke arah pintu. 


'I nak you kasi all the documents related to our project dengan DELL pada Mellisa. I want her to give the full report to me before 3.00 pm.' Arahan yang diterima dicatat oleh Maisara.

'Sorry bos, tapi project tu documents dia berterabur lagi. I think tak sempat nak siapkan before 3. lagipun dah nak masuk lunch ni.' ujar Maisara sambil menilik jamnya. Dia merasakan arahan bosnya agak tak logik. Ada ke patut kasi job yang berat-berat pada staf baru.

'just do it. I tahu apa yang I buat.' jawab Nufail dengan tegas. Maisara akur. tanpa membuang masa dia keluar dari bilik Nufail untuk menyampaikan tugasan tersebut kepada Mellisa. Kesian dia, First day dah kena korbankan lunch. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


  


No comments:

Post a Comment

PERHATIAN

kepada yg nk comment pasal novel nie...sila ke vampykidz.blogspot.com & tulis comment anda di dalam chat box.
time kaseh..

you've fallen for me